Jalinan Kasih Bersama Gelandangan

Jalinan Kasih Bersama Gelandangan

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 24 Julai 2019 – Kelab Zakat dan Wakaf (ZAQAF) Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Bersama Gelandangan Siri-3 di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) dan Chow Kit. Seramai 15 orang pelajar dan 4 orang alumni Diploma Pengurusan Zakat Dan Wakaf telah terlibat dalam program ini.

Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang kehidupan golongan gelandangan dan membantu menyalurkan maklumat mengenai zakat kepada golongan gelandangan selain mengeratkan hubungan sillaturrahim antara semua pelajar Diploma Pengurusan Zakat dan Wakaf. Turut serta dalam program ini adalah Puan Siti Nur Azzyati Binti Saharuddin, Penasihat program ini.

[gdl_gallery title=”20190124-01″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.