(B.Melayu) Kunjungan Hormat Pengurusan IPB Ke Darul Quran JAKIM

(B.Melayu) Kunjungan Hormat Pengurusan IPB Ke Darul Quran JAKIM

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]

Online, 14 November 2017 – Menyedari kepentingan Al-quran sebagai panduan kepada kehidupan manusia, satu kunjugan hormat ke Darul Quran JAKIM telah diadakan bagi mendapatkan nasihat dan pendapat daripada institusi yang mempelopori pengajian tahfiz Al-Quran terulung di negara ini.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mendapatkan taklimat dalam pengendalian kursus berkaitan Tahfiz Al-quran yang telah dijalan oleh pihak Darul Quran dan dapat sedikit sebanyak pihak IPB dapat menimba pengetahuan yang berkaitan.

Taklimat berkenaan dengan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran telah diberikan oleh Pegawai Perhubungan Awam Darul Quran, Ustaz Najib Abdul Gaffar. Dalam taklimatnya, beliau telah menyatakan dua model pengajian yang sedang dijalankan bagi program pengajian ini iaitu:

  • Model UIAM; program Pensijilan Tahfiz dijalankan terlebih dahulu sebelum pelajar belajar dalam bidang profesional
  • Model UNITEN/CUCMS/UTeM; program Pensijilan Tahfiz dijalankan serentak dengan pengajian dalam bidang professional

Pertemuan ini berakhir kira-kira pada pukul 12:30 tengahrii selepas pertukaran cenderamata dari kedua pihak dan sesi bergambar. Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan KPE (Akademik & Antarabangsa) Prof. Dr. Ismail Mat, Pengurus Hal Ehwal Akademik & Kurikulum, Puan Rodziah Sulaiman dan Encik Mohamad Amzari Aziz, Ketua Pegawai HEP.

[gdl_gallery title=”darul-quran-jakim” width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.