(B.Melayu) IPB Juara Video Pendek Peringkat Antarabangsa 2017

(B.Melayu) IPB Juara Video Pendek Peringkat Antarabangsa 2017

Kejayaan Institut Profesional Baitulmal Di Dalam Pertandingan Video Pendek Bahasa Arab Peringkat Antarabangsa 2017 (semperna Hari Bahasa Arab Sedunia Pada 18 Disember Setiap Tahun)

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]

Online, 16 Januari – Institut Profesional Baitulmal telah menyertai dan pada masa yang sama telah melakar sejarah apabila buat pertama kalinya bergelar juara dalam kategori C Peringkat IPT di Pertandingan Video Pendek Bahasa Arab Peringkat Antarabangsa 2017 dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM 1300.00, Plat, Hamper dan Sijil Penyertaan yang mana majlis penyampaian telah diadakan di Auditorium Dr. Zainuddin Jaafar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada 16 Januari 2018.

Pertandingan Video Pendek Bahasa Arab Peringkat Antarabangsa ini merupakan program yang dicetuskan oleh Pusat Pendidikan ISESCO di Malaysia dalam usaha memartabatkan penggunaan Bahasa Arab di Malaysia khususnya dan Asia Tenggara amnya. Program ini secara tidak langsung adalah sebagai salah satu program bahasa arab dalam Hari Bahasa Arab Sedunia yang disambut serentak di seluruh dunia pada 18 Disember setiap tahun.

Ia juga merupakan usaha memanfaatkan teknologi dalam meningkatkan minat dan ketrampilan pelajar bagi menguasai kemahiran berbahasa arab seiring dengan kepesatan teknologi dan peranan media sosial dalam kehidupan seharian.

Institut Profesional Baitulmal buat pertama kalinya juga telah mengalahkan pesaing daripada UIA dan KUIS yang masing-masing dikedudukan di tempat kedua dan ketiga bagi kategori C peringkat IPT. “Secara peribadi, kemenangan pasukan Institut Profesional Baitulmal memberi kenangan yang amat manis”.

Ketua Pegawai Eksekutif Tuan Sakaria Semela dalam ucapan ringkas beliau berkata, kejayaan itu amat bermakna dan mengucapkan TAHNIAH, TAHNIAH & TAHNIAH diatas kejayaan yang telah di rangkul oleh IPB terutama kepada pelajar, pembimbing, produser dan crew. Antara kakitangan dan pensyarah yang terlibat adalah seperti berikut:

  • Najmuddin bin Mohamad Said (Pensyarah Bahasa Arab)
  • Alif Fahmi bin Abdullah (Pensyarah Bahasa Arab)
  • Siti Nabilah binti Misnan (Pensyarah Bahasa Arab)
  • Mohammad Amnan bin Awang ali (Pensyarah Bahasa Arab)
  • Engku Amir Hamzah bin Engku Mohamed Nor (Pensyarah Bahasa Arab)
  • Muhammad Aizat bin Zulkipli (Eksekutif Bahagian Perancangan Strategik & Pemasaran)

dan para pelakon adalah terdiri daripada pelajar-pelajar semester 2 seperti berikut

  • Muhammad Afif Farhan bin Zubir (DPHU)
  • Muhammad Hafizi bin Mohammad Noor (DPHU)
  • Muhammad Muaz bin Juhuri (DPHU)
  • Muhammad Saiful Izham bin Suhaimi (DPHU)
  • Muhammad Haziq bin Hashim (DPZW)

“Di Institut Profesional Baitulmal, setiap pelajar berpeluang untuk mengadakan atau mewujudkan apa jua bentuk aktiviti diperingkat dalaman mahupun di peringkat antarabangsa kerana mereka yang berpotensi akan sentiasa di beri tunjuk ajar dan bimbingan oleh kakitangan dan pensyarah.

Semoga kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat kepada pelajar-pelajar, pensyarah dan kakitangan Institut Profesional Baitulmal untuk turut serta dalam apa jua pertandingan dan penyertaan pada masa hadapan. Insyallah

[gdl_gallery title=”juara-video-pendek” width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.