(B.Melayu) Kunjungan Hormat IPAC Education Center College Ke KPBKL

(B.Melayu) Kunjungan Hormat IPAC Education Center College Ke KPBKL


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 31 Julai 2018 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) berbesar hati menerima kunjungan hormat dari IPAC Education Center College yang dihadiri Prof. Mahfudzah Mohamed, Tuan Ahmad Shameer Mohamed Taheer (Head of Study), Puan Hazlina Abdul Halim (Head Of Learning) dan Puan Nurul Azwa Hussein (Manager). KPBKL diwakili oleh Tuan Sakaria bin Semela (Ketua Pegawai Eksekutif) serta barisan pengurusan dan pensyarah KPBKL. Pertemuan ini diadakan untuk melihat dan berkongsi peluang kerjasama yang boleh diterokai bersama antara KPBKL dan IPAC Education Center Collage dalam bentuk penyelidikan, akademik mahupun pemindahan ilmu bagi membantu anak-anak asnaf. Perkongsian maklumat berkaitan institusi turut dibuat antara KPBKL dan IPAC Education Center Collage.

Diharapkan kunjungan ini dapat mengeratkan lagi hubungan KPBKL-IPAC Education Centre Collage dalam membangunkan pengurusan institusi pendidikan Islam dan akademik berhubung hala tuju pelajar dalam bidang kewangan Islam bagi melahirkan pelajar Muslim profesional.

[gdl_gallery title=”31072018″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.