(B.Melayu) Iftar Jamaie Dan Tadarus Al-Quran Institut Profesional Baitulmal (IPB)

(B.Melayu) Iftar Jamaie Dan Tadarus Al-Quran Institut Profesional Baitulmal (IPB)


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]

Online, 8 Jun 2018 – Iftar Jamaie dan Tadarus Al-Quran keluarga besar Institut Profesional Baitulmal (IPB) telah berlangsung meriah bertepatan pada Ramadhan yang ke-23,1439H. Majlis bermula seawal jam 6.00 petang, dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, doa selamat serta tazkirah Ramadhan. Majlis yang berlangsung di dataran IPB dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Sakaria Semela dan barisan pengurusan tertinggi serta seluruh warga IPB. Tuan Sakaria Semela ketika menyampaikan ucapan setelah majlis berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah menzahirkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada penganjur serta warga IPB kerana sama-sama mengambil bahagian dan menjayakan majlis dengan jayanya. Majlis berakhir pada jam 10.30 malam setelah selesai solat sunat tarawikh berjemaah.

[gdl_gallery title=”08062018″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.