[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 6 April 2019 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dengan kerjasama Majis Perwakilan Pelajar (MPP) KPBKL telah menganjurkan program Himpunan Pelajar-pelajar Asuhan Baitulmal MAIWP. Seramai 250 orang pelajar dan ibubapa telah hadir dalam program ini.
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan KPBKL dan program-program yang ditawarkan beserta bantuan-bantuan kewangan yang disediakan oleh Bahagian Baitulmal MAIWP kepada pelajar-pelajar asnaf dan ibu bapa yang hadir. Selain itu juga program ini bertujuan memberi kefahaman dan membantu pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk membuat keputusan berhubung dengan masa depan pembelajaran dan kerjaya meraka.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohd Saiful Hafiz Vijia Bin Abdullah, Penolong Pengurus Unit IPTL (luar negara) baitulmal.
Dalam program ini satu sesi ceramah telah disampaikan oleh Dr Mohamad Fitri bin Mohamad Yusoff,Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) mengenai KPBKL dan seramai 8 orang alumni telah hadir dalam program ini untuk berkongsi pengalaman mereka.
Sebanyak 50 surat tawaran dikeluarkan kepada pelajar yang layak dan penyerahan surat tawaran telah disempurnakan oleh Dr Mohamad Fitri bin Mohamad Yusoff.
[gdl_gallery title=”20190406″ width=”900″ height=”500″ ]