[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 06 Oktober 2020 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur MAIWP, telah mengadakan Forum Integriti Dalam Pengurusan di Bangi Convention Centre (BCC). Seramai 250 peserta telah terlibat dalam forum ini melibatkan Institusi Pengajian Tinggi, agensi-agensi kerajaan dan swasta. Forum ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Mahadi Bin Sukarno, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mewakili Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.
Seramai 3 orang panel telah terlibat dalam forum ini iaitu YBhg. Dr Ridzwan Bakar, Pensyarah Profesional Multimedia University, Ahli Lembaga Pengarah Pusat Wakaf MAIWP (Pengurusan Korporat: Audit, Integriti, dan Budi Bicara), YBhg. Tn.Razim Mohd Noor (TPj), Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) – (Akta SPRM Seksyen 17A), YBhg. Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Polis Johor – (Pendekatan PDRM Dalam Membanteras Rasuah).
Turut hadir dalam forum ini adalah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, Rektor KPBKL, YBhg. Dato’Hj. Razali bin Hj. Shahabudin, Pengerusi Lembaga KPBKL, YBhg. Prof. Tan Sri Dr. Mohd Kamal Hasan, Pengerusi Lembaga Pengelola KPBKL, YBhg. Dato’ Othman Desa, barisan pengurusan tertinggi, Dekan dan warga KPBKL.