[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 29 Januari 2019 – Pusat Pembangunan Kepimpinan dan Organisasi Islam (ILOC) Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur telah menganjurkan Dialog Reformasi Tadbir Urus Hal Ehwal Islam di Malaysia hari ini. Dialog yang julung kalinya diadakan ini bertujuan mendapatkan input berkaitan bentuk cadangan reformasi dan penambahbaikan yang diinginkan, membantu pihak kerajaan dalam menyusun semula kekuatan melalui pengurusan yang cekap dan berkesan di institusi Islam di negara ini selain untuk membentuk fikrah kebersamaan, kasih sayang dan setiakawan dikalangan pemain utama sektor Islam bagi menzahirkan keindahan Islam dan kehadiran bersama mesej Rahmatan Lil ‘alamin .
Seramai lapan orang pembentang telah membentangkan isu berkaitan tadbir urus hal ehwal Islam dan seramai 120 peserta telah terlibat dalam dialog ini.
Kemuncak dialog ini adalah majlis penggulungan dialog dan pelancaran Pusat Pembangunan Kepimpinan dan Organisasi Islam (ILOC) oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama).
Dalam majlis yang sama juga, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf telah menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kolej Professional Baitulmal Kuala Lumpur (IPB) dengan Yayasan Kami Anak Felda (KAF).
Seramai lapan orang pembentang telah membentangkan isu berkaitan tadbir urus hal ehwal Islam dan seramai 120 peserta telah terlibat dalam dialog ini.
Ucapan penggulungan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)
Duduk dari kiri;
Dato Selamat Bin Paigo (Tim. Pengarah Cawangan Dasar Pembangunan Ummah) Dato’ Haji Razali Bin Haji Shahabudin (Pengerusi KPBKL), YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf (Menteri di JPM), Tuan Hj Mohd Ajib bin Ismail (Pengarah JAIWP) dan Tuan Sakaria Semela (KPE KPBKL)