DBILIQUE Uni Tour 2019 DI KPBKL

DBILIQUE Uni Tour 2019 DI KPBKL

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 05 Ogos 2019 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) telah dipilih sebagai lokasi DBilique Uni Tour 2019. Program ini merupakan satu program Corporate Sosial Responsibility (CSR) oleh DBilique dengan mengadakan satu Talk session bersama Farah Fauzana dan Faizal Ismail mengenai Etika Media Sosial. Seramai 120 orang pelajar KPBKL (MAIWP) telah terlibat dalam program ini.

Rektor KPBKL (MAIWP), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub dan barisan pengurusan tertinggi turut meluangkan masa beramah mesra bersama Farah Fauzana dan Faizal Ismail serta Dbiliquers.

Program ini juga merupakan kesinambungan program Jalan-Jalan Ramadhan Dbilique oleh Dbilique Crew (Dbiliquers) yang telah berlangsung pada bulan Ramadhan yang lalu.

Semoga dengan perkongsian daripada selebriti Dbilique yang sememangnya terkenal dengan pengalaman dalam industri penyiaran di Malaysia, dapat menyuntik semangat dan keyakinan kepada pelajar-pelajar KPBKL (MAIWP) untuk terus melangkah ke hadapan walau apapun halangan yang perlu ditempuh.

[gdl_gallery title=”20190805″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.