[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]
Online, 09 Januari 2018 – Institut Profesional Baitulmal berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Mufti Wilayah Sahibul Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri bersama barisan pengurusan Pondok Moden Al-Baqirah dan turut serta di dalam pertemuan ini Tuan Haji Mohd Ajib Ismail Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Dalam pertemuan ini juga telah diadakan mesyuarat bagi membincangkan berhubung cadangan Pembangunan Program Diploma Pengajian Hadis dimana cetusan idea ini adalah daripada Datuk Mufti. Semoga pertemuan ini dapat menjalinkan kerjasama yang erat dan juga boleh membangunkan dan mempromosikan program-program baru yang berteraskan konsep islamik dibawah strategi meramaikan muslim dalam bidang professional.
Pertemuan ini berakhir kira-kira pada pukul 12:30 tengahari, turut hadir dalam majlis ini ialah Pengerusi IPB YBhg Dato’ Haji Razali Shahabudin, Ketua Pegawai Eksekutif Tuan Sakaria Semela, Timbalan KPE (Akademik & Antarabangsa) Prof. Dr. Ismail Mat, Timbalan KPE (Infrastruktur & HEP) En. Wan Muhamed Wan Ibrahim serta barisan pengurusan IPB.
Diharapkan dengan kunjungan ini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala dalam membangunkan pengurusan Institusi pendidikan islam, insyallah.
[gdl_gallery title=”mufti-wilayah” width=”900″ height=”500″ ]