Dari Graduan Pengurusan Haji dan Umrah kepada Agropreneur Muda

Dari Graduan Pengurusan Haji dan Umrah kepada Agropreneur Muda

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 22 March 2021 – Bermula dengan minat dalam penternakan telah mendorong Muhammad Zulfadhli Azib Bin Omar, alumni Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DPHU), Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) menceburi bidang ini.

Mula terlibat dengan aktiviti penternakan pada penghujung tahun 2019 apabila beliau dan bapanya merancang untuk memulakan projek ternakan secara kecil-kecilan di Kampung Sungai Panjang, Sungai Besar Selangor.

Memandangkan ayah saya, Omar Zainal Abidin sudah pencen dan bercadang ingin mengisi masa lapangnya, kami bercadang untuk memulakan projek ternakan ini pada awal tahun 2019 secara kecil-kecilan dan pada ketika itu saya masih menguruskan jemaah.

Kami menguruskan ternakan lembu pada awalnya diikuti dengan kambing biri-biri dan ayam kampung organik. Terkini, kami sedang mengusahakan tanaman pisang tanduk.” kata beliau melalui panggilan telefon.

Sebelum melibatkan diri dalam penternakan beliau telah bekerja selama setahun di As-Solihin Travel Sdn. Bhd. (Ziarah Suci. Com) setelah diserap bekerja sejurus tamat Latihan Ilmiah (Praktikal) dan membuat keputusan untuk berhenti. Kemudian beliau telah bekerja sambilan di Al-Kawsar Travel dan Ammar Travel bagi kerja-kerja pemasaran, membawa dan mengetuai jemaah ke tanah suci sebelum membuat keputusan untuk berhenti dan menubuhkan syarikat Agrozib Farm Group Enterprise yang diambil bersempena nama beliau pada pertengahan tahun 2020.

Mengakui pada mulanya agak sukar untuk membiasakan diri dalam mengurus ternakan dan urusniaga selain menerima kritikan daripada orang sekeliling dan ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab namun beliau tetap ingin meneruskan cita-citanya. Dengan bantuan ahli keluarga dan individu-individu tertentu serta berkekalkan sedikit ilmu yang dipelajari dalam subjek Asas Keusahawan semasa pengajiannya di KPBKL dapat membantunya untuk menguruskan syarikatnya.

Alhamdulillah berkat kesabaran dan dorongan daripada kedua ibubapa dan keluarga, baru-baru ini Zulfhadli telah menerima Geran Agropreneur Muda (Fasa 3) di bawah Program Pembangunan Agropreneur Muda, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang berjumlah RM20,000 bagi mengembangkan lagi jumlah ternakannya.

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Zulfhadli, semoga anda terus berjaya dan dapat mencapai impian yang ingin dikecapi.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.