Ceramah Perdana Maal Hijrah 1441H

Ceramah Perdana Maal Hijrah 1441H

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 1 Oktober 2019 – Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL MAIWP) telah menganjurkan Ceramah Perdana bersempena Maal Hijrah 1441H yang bertajuk Hijrah: Taqwa Dalam Mencari Rezeki di Dewan Kuliah 1, KPBKL MAIWP.
Ceramah ini telah disampaikan oleh YBhg. SS Dato’ Seri Dr. Hj Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur). Seramai 120 orang peserta telah terlibat dalam ceramah ini yang terdiri daripada warga kerja KPBKL MAIWP dan pelajar. Turut hadir dalam program ini adalah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, Rektor KPBKL MAIWP dan barisan pengurusan tertinggi.

[gdl_gallery title=”20191001-2″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.