(B.Melayu) Program Bual Bicara Jasa Di Radio Bersama Ketua Pegawai Eksekutif IPB Bertajuk Melahirkan Anak-anak Asnaf Profesional

(B.Melayu) Program Bual Bicara Jasa Di Radio Bersama Ketua Pegawai Eksekutif IPB Bertajuk Melahirkan Anak-anak Asnaf Profesional


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]

Online, 20 Disember 2017 – Program bual bicara jasa di radio di KLfm 97.2Mhz rentak interaktif kota secara langsung mengenai peranan dan sumbangan Institut Professional Baitulmal bersama tetamu undangan Dr. Mohamad Fitri Mohamad Yusof yang mewakili CEO Institut Profesional Baitulmal yang bertajuk Melahirkan Anak-anak Asnaf Profesional.

Dengan mengupas beberapa topik dan menjawab persoalan yang diutarakan oleh DJ yang bertugas mengenai pengenalan ringkas berkaitan IPB, peranan yang dimainkan oleh IPB dalam usaha melahirkan anak-anak asnaf profesional, program=program yang dilaksanakan dan ditawarkan oleh IPB, bentuk bentuk kewangan yang diberikan IPB kepada pelajar dan bakal pelajar dalam memastikan kejayaan mereka dan akhir sekali resepi kejayaan IPB bertahan selama 25 tahun dalam melahirkananak-anak asnaf professional.

Pertemuan selama satu jam ini berakhir kira-kira pada pukul 3:00 telah sedikit sebanyak memberi maklumat-maklumat terkini dan juga mempromosikan Institut Profesional Baitulmal ke peringkat yang lebih jauh dan juga dapat membantu golongan-golongan keluarga yang berpendapatan rendah untuk membolehkan anak-anak mereka menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

[gdl_gallery title=”bual-bicara” width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.