Bicara Pelajar Semester Akhir Bersama Rektor Dan Alumni

Bicara Pelajar Semester Akhir Bersama Rektor Dan Alumni

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 27 Julai 2019 – Unit Kaunseling, Alumni dan Kerjaya (UKAK), Bahagian Pembangunan Pelajar, Hal Ehwal Pelajar dan Akademik (HEPA) Kolej Profesional Baitulmal (MAIWP) telah menganjurkan Program Bicara Pelajar Semester Akhir bersama Rektor dan Alumni.

Rektor KPB (MAIWP) YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub dalam ucapannya berpesan kepada para pelajar agar menjaga nama baik KPB (MAIWP) dan menjalankan tugasan dengan cemerlang di sepanjang tempoh latihan industri.

Dalam program ini juga, KPB (MAIWP) telah menjemput salah seorang alumni daripada program Diploma Perakaunan iaitu Encik Muhammad Firdaus bin Md. Fadli bagi sesi perkongsian bersama semua pelajar sebelum mereka menamatkan pengajian.

[gdl_gallery title=”20190727-01″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.