[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 11 Disember 2021 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dengan kerjasama TV AlHijrah telah menganjurkan Bengkel Terokai Kerjaya Dalam Bidang Penyiaran & Pengacaraan di Dewan Kuliah 1, KPBKL pagi tadi. Bengkel ini telah dihadiri oleh 60 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah dan pelajar KPBKL.
Bengkel ini telah disampaikan oleh Pn. Azidah Mohamed, Pengacara TV AlHijrah yang juga merupakan alumni KPBKL. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar mengenai dunia penyiaran dan bidang pengacaraan.
Turut hadir dalam majis ini adalah Tuan Norazimah Binti Tuan Mohamed, Pengurus Penjenamaan Bakat TV AlHijrah, Puan Kasniah Neni, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat & Pemasaran,dan Pn. Nazhatul Ain Hisamudin, Ketua Jabatan Sosio Ijtima’, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FPKI).
KPBKL dan TV ALHijrah bekerjasama menawarkan Diploma Penyiaran Islam (DPI) di mana program ini mempunyai mod pengajian yang berasaskan industri yang dikenali sebagai 2u1i. Pelajar akan mengikuti pengajian di KPBKL selama lima semester, satu semester di TV Alhijrah “on-job training” dan 1 semester latihan industri di stesen televisyen. Untuk maklumat lanjut layari www.kpbkl.edu.my.