BENGKEL SEMAKAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PENILAIAN TEKNIKAL DAN JAWATANKUASA PENILAIAN KEWANGAN/HARGA PADA 28 MEI 2024

BENGKEL SEMAKAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PENILAIAN TEKNIKAL DAN JAWATANKUASA PENILAIAN KEWANGAN/HARGA PADA 28 MEI 2024

Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)  telah mengadakan satu program perkongsian ilmu bersama wakil daripada Bahagian Kewangan dan Pelaburan MAIWP berkenaan semakan bidang tugas Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Jawatankuasa Penilaian Harga/Kewangan kepada warga KPBKL. Seramai 40 orang warga KPBKL telah menghadirkan diri dalam program ini. Secara langsung program ini dapat membantu staf dalam mempersiapkan diri dengan pengetahuan perolehan tender yang terkini.

Program ini telah berlangsung di Dewan Kuliah 1 KPBKL dan slot bermula dengan taklimat daripada Encik Ku Mohd Noor Adam Bin Ku Yaacob selaku Pegawai Perolehan di MAIWP. Beliau telah memberikan segala penerangan yang berkaitan dengan bidang tugas Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Jawatankuasa Penilaian Harga/Kewangan dengan jelas dan mendalam. Sesi diakhiri dengan sesi soal jawab dan sesi bergambar bersama seluruh peserta dan penceramah.

KPBKL mengucapkan terima kasih di atas kesudian wakil daripada pihak MAIWP bagi menjayakan sesi perkongsian ilmu ini. Diharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi bagi memastikan warga kerja KPBKL sentiasa dengan perkembangan ilmu terkini. Program ini diharapkan dapat menambahbaik kualiti perkhidmatan dan tadbir urus dalam kalangan warga kerja KPBKL ke arah mewujudkan persekitaran yang kondusif dan memenuhi kepuasan pelanggan.


Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.