Bengkel Penulisan Ilmiah

Bengkel Penulisan Ilmiah

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 26 Julai 2019 – Seksyen Penyelidikan dan Pembangunan Kurikulum, Jabatan Akademik dan Penyelidikan, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) telah mengadakan Bengkel Penulisan Ilmiah: Penulisan Ilmiah Berkualiti dan Berimpak kepada 69 orang ahli akademik KPBKL (MAIWP) bagi memantapkan lagi kaedah penulisan para akademik yang sedia ada.

Bengkel secara dalaman ini dikendalikan oleh YBhg. Prof Dato’ Dr Noor Inayah Ya’akub, Rektor KPB (MAIWP). Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Akademik & Penyelidikan), Dr. Mohamad Fitri Mohamad Yusoff, dan Dr Noraini Mohamad, Penasihat ACCA.Hasil daripada bengkel ini akan dijadikan rujukan kepada semua ahli akademik sama ada yang sedang atau akan menyambung pengajian di peringkat Master dan PhD.

[gdl_gallery title=”20190726-01″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.