[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 6 Mei 2019 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) telah menganjurkan Bengkel Pemimpin dan Kepimpinan pada 3 hingga 5 Mei 2019 di Lexis Hotel, Port Dickson, Negeri Sembilan. Seramai 158 warga KPB yang terdiri daripada tenaga akademik dan bukan akademik terlibat dalam bengkel ini.
Objektif penganjuran bengkel Pemimpin dan Kepimpinan KPB MAIWP 2019 adalah menerapkan kefahaman konsep pengurusan strategik untuk diri sendiri sebagai ahli kumpulan dalam kalangan warga KPB, membina jati diri unggul dan semangat juang tinggi berasaskan pengurusan strategik serta membina sikap positif terhadap kerja dan menganggap kerja sebagai satu ibadah mengetahui teknik komunikasi nilai yang berkesan bagi melicinkan proses kerja berpasukan.
Bengkel selama 3 hari 2 malam ini mengandungi pelbagai aktiviti ini termasuk sesi taklimat berkaitan hal ehwal pengurusan KPB, aktiviti latihan dalam kumpulan, sesi brainstorming, dan juga aktiviti fizikal dan kerohanian.
[gdl_gallery title=”20190506″ width=”900″ height=”500″ ]