Bengkel Kluster Penyelidikan Pelan Pembangunan Dakwah Negara

Bengkel Kluster Penyelidikan Pelan Pembangunan Dakwah Negara

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 1 Oktober 2019 – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sedang dalam perangkaan untuk membangunkan Pelan Pembangunan Dakwah Negara (PPDN) dan justeru itu, Bengkel Kluster Penyelidikan PPDN dilaksanakan hari ini di Bangi Resort Hotel, bermula dari 9.00 pagi sehingga 4.30 petang, bertemakan Fastabiqul Khairat, Mengejar Kebaikan. Perbincangan ini melibatkan 8 kluster utama bagi membangunkan PPDN. Rektor KPBKL MAIWP, YBhg. Prof. Dato’ Dr Noor Inayah Yaakub yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Sektor Penyelidikan, Penerbitan dan Antarabangsa merangkap Penasihat Bahagian Penyelidikan serta Ketua Penyelidik Projek PPDN telah diberikan mandat mengendalikan bengkel ini.

YB Nor Azrina binti Surip, Ahli Parlimen Merbok merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Timbalan Pengerusi JK Khas Sektor, Penyelidikan dan Antarabangsa YADIM serta Penasihat 1, Bahagian Media dan Teknologi Dakwah YADIM membuka majlis dengan Tirai Bicara.
Turut hadir Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz. Seramai 6 orang warga kerja KPBKL MAIWP telah di lantik sebagai Panel Penyelidik PPDN iaitu Dr. Mohamad Fitri Bin Mohamad Yusoff, Puan Nazhatul Ain Binti Hisamudin, Encik Mohd Syakir Bin Hj Mohd Taib, Ustaz Mohd Izzat Bin Mohd Abd Shukur, Encik Mohd Nor Asrad Bin Hamzah serta Cik Nor Aida Sapuan.
Tahniah KPB MAIWP!

[gdl_gallery title=”20191001″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.