Bengkel ‘ Event Management & Media Relations’

Bengkel ‘ Event Management & Media Relations’

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 20 Januari 2020 – Seksyen Penyelidikan & Pembangunan Kurikulum dan Unit komunikasi Korporat & Pengurusan Acara serta kerjasama daripada Koperasi Remisier Bumiputra Berhad telah menganjurkan bengkel ‘Event Management & Media Relations’ bertempat di studio 1, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur. Seramai 33 orang peserta yang hadir adalah terdiri daripada kakitangan terpilih dan juga wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan dan perjalanan sesebuah program/majlis dalam memastikan program/majlis tersebut dapat berjalan dengan lancar, kemas dan tersusun.

Dalam bengkel ini juga, peserta didedahkan dengan panduan dan bimbingan tentang kaedah dan cara menguruskan pelbagai majlis. Peserta juga mendapat pengetahuan dan kefahaman tentang teori dan amalan protokol serta kemahiran sosial dalam urusan pengendalian majlis rasmi dan juga perhubungan dengan pihak media. Setinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menyertai bengkel ini dan terima kasih kepada Puan Nashua Fauzun atas perkongsian pengalaman serta mengendalikan bengkel ini.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.