BASIC ACCOUNTING PRINCIPLES, PRACTICE & PROCEDURE

BASIC ACCOUNTING PRINCIPLES, PRACTICE & PROCEDURE

Pada 15 dan 16 Mei 2024, dua orang kakitangan Jabatan Kewangan telah menghadiri Kursus Basic Accounting Principles, Practices & Procedures yang dianjurkan oleh Institute of Professional Advancement.  Penyertaan dalam kursus ini bertujuan untuk menambah baik pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perakaunan selaras dengan keperluan multitasking dalam tugasan harian di Jabatan Kewangan ke arah memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan KPBKL .

Kursus ini disampaikan oleh Dr. Wendy Tee yang berpengalaman luas selama 15 tahun dalam pelbagai bidang termasuklah pengurusan sumber manusia.  Penyampaian beliau yang menyeluruh dalam mod santai, padat dengan maklumat dan kaedah untuk menambahbaik kemahiran pengurusan perakaunan secara professional.  Bengkel ini juga turut dihadiri oleh peserta dari badan korporat yang lain.

Penyertaan kursus ini, telah memberi nilai tambah yang tidak ternilai dalam mengembangkan kemahiran pengurusan perakaunan kearah meningkatkan kualiti perkhidmatan dan tadbir urus di KPBKL dengan lebih berkesan serta cekap dalam memenuhi kehendak pelanggan.


Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.