(B.Melayu) Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda The Duke of Edinburgh’s International Award

(B.Melayu) Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda The Duke of Edinburgh’s International Award

TAHNIAH

IMG_7794SijilKepimpinan

[quote align=”center” color=”#999999″]ENCIK ZULFAKAH BIN JAAFAR, Eksekutif Hal Ehwal Pelajar IPB[/quote]

[message_box title=”” color=”blue”]

atas pentauliahan sebagai

Pemimpin / Mentor

Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda

The Duke of Edinburgh’s International Award

[/message_box]

Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2001, mengambil sempena Program Duke of Edinburgh’s Award yang telah diperkenalkan di United Kingdom pada tahun 1956.

Program ini adalah satu-satunya program yang mengiktiraf penglibatan golongan muda berusia antara 14 hingga 25 tahun.  Ianya adalah satu wadah bagi memberi sokongan moral dan semangat  jati kepada golongan remaja di dalam menanam nilai-nilai murni seperti semangat bekerjasama dan sebagainya ke arah mencapai personaliti unggul.

Program seumpama ini telah dilaksanakan dan berkembang pesat di beberapa buah negara di seluruh dunia dengan pelbagai nama seperti The President Award di Afrika Selatan, Young Canadian’s Challenge di Kanada, The National Youth Achievement Award di Singapura dan berbagai-bagai lagi nama yang telah diberi mengikut kesesuaian negara masing-masing. Apabila program ini diperkenalkan di Malaysia, ianya dikenali sebagai Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda oleh Kementerian Belia dan Sukan yang bertindak sebagai Badan Berkuasa Anugerah Peringkat Kebangsaan yang dikoordinasi dan diuruskan oleh Cawangan Gaya Hidup, Bahagian Pembangunan Rakan Muda.

Pada Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda yang di adakan di Dewan Titiwangsa Komplek Belia dan Sukan Kampung Pandan pada 19 November 2014, seramai 25 orang pelajar Institut Profesional Baitulmal dalam pelbagai bidang telah menerima Anugerah tahap Gangsa, Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda peringkat Badan Operasi Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Titiwangsa/Setiawangsa mewakili bahagian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Mereka yang terdiri daripada ahli-ahli dari pelbagai kelab & persatuan di IPB serta Ahli Kelab Rakan Muda Kuala Lumpur telah melaksanakan 4 komponen dari syarat yang telah ditetapkan dalam penilaian program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Malaysia.

Anugerah ini adalah bagi mengiktiraf pencapaian Belia Remaja (14-25th) yang bergiat aktif dalam melaksanakan aktiviti sosial yang sihat. Untuk memperolehi anugerah ini peserta hendaklah melaksanakan aktiviti dalam 4 kompenen iaitu Khidmat masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal Dan Penjelajahan Lasak dalam masa yang ditetapkan.  Anugerah ini bertaraf antarabangsa dan diadaptasikan daripada The Duke of Edinburgh’s International Award.

TAHNIAH kepada 25 pelajar IPB yang menerima Anugerah Gangsa dalam Program Remaja Perdana Rakan Muda peringkat Badan Operasi Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Titiwangsa/Setiawangsa mewakili bahagian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seperti di bawah:-

BIL

NAMA PENERIMA ANUGERAH

NO. K/P

1

Nur Atika Shakila binti Shuaili 960108-12-5234

2

Siti Zulaika binti Anizar 960331-14-5026

3

Siti Nur Afiqah binti Hassan 960331-02-5842

4

Nurulain Safirah binti Nazari 960812-08-6590

5

Siti Nabilah binti Mat Akhir 940225-14-6466

6

Nur Atikah binti Rosli 960505-03-5478

7

Siti Amira binti Hamdan 960501-01-5728

8

Nur Atiqah Salwani binti Jamil 960205-10-5104

9

Ainur Afiqah binti Ahmad Rohaimi 960731-10-5358

10

Nurhayatie binti Zubir 960927-10-7048

11

Noor Atirah binti Ibrahim 960724-26-5054

12

Azierawaty Nazrien binti Azlain Affendi 960324-06-5686

13

Halimatun Saadiah binti Mamat 931107-11-5146

14

Nurul Saadah binti Zaharudin 960114-03-6166

15

Al-Mahmud bin Otoriki 961013-12-5017

16

Muhammad Alif bin Ahmad Nazari 960430-07-8415

17

Khairi bin Kholi 960409-03-5881

18

Muhammad Zahirul Haq bin Ahmad Roslan 960502-14-5911

19

Muhammad Redzuan bin Abdullah 960505-14-5319

20

Muhammad Redzuan bin Abdullah 960505-14-5319

21

Mohd Umar Rais bin Mohd Ismail 960801-12-5777

22

Muhammad Amiruddin bin Azrizan 961201-14-5007

23

Muhammad Zamir Aiman bin Zamri 940820-08-5709

24

Muhammad Ikhwan bin Abdul Halim 960327-56-5029

25

Al-Mahmud bin Otoriki 961013-12-5017

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.