Andalusia Travel

Andalusia Travel

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 5 Januari 2020 – Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, penerima MATTA Awards 2019 (Best Travel Agency Umrah & Hajj), merupakan sebuah agensi pelancongan yang terkenal dalam pengurusan ribuan tetamu Allah merangkumi individu, badan korporat dan kerajaan. Seiring dengan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki oleh Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, satu sesi perbincangan telah diadakan bersama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) bagi merencana pelbagai potensi kerjasama baru terutamanya dalam bidang Haji dan Umrah.

Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd diwakili oleh Puan Hjh. Ida Riswana binti Idris, Pengarah dan Penasihat Undang-Undang. Manakala KPBKL, diwakili oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr Noor Inayah Ya’akub – Rektor; Puan Hjh Rokiah binti Yunus – Pendaftar; Encik Wan Mohamed Wan Ibrahim – Ketua Pustakawan; Dr Noraini Mohamad – Pengarah Pusat Kebertanggungjawaban Sosial; Ustaz Mohd Syakir Bin Hj Mohd Taib – Pengarah Pusat Wakaf Intelek dan Cik Nor Aida Sapuan, Pemangku Pengarah Pusat Perancangan Korporat. Pihak Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd turut di bawa meninjau replika Kaabah dan bawa ke Perpustakaan KPBKL bagi meninjau salah satu kawasan projek yang bakal dilaksanakan insyaAllah.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.