Alumni Terima Biasiswa Sambung Belajar

Alumni Terima Biasiswa Sambung Belajar

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 31 Januari 2020- Tahniah diucapkan kepada Mohammad Afiq Bin Che Aziz kerana telah berjaya menyambung pengajian di The Arabic Language Institute For Speakers Of Other Languages, University King AbdulAziz, Jeddah Saudi Arabia. Beliau telah dianugerahkan biasiswa penuh oleh Kementerian Pendidikan Arab Saudi untuk mengikuti pengajian ini. Mohammad Afiq merupakan alumni Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DPHU) KPBKL ambilan September 2015. Selain memiliki sahsiah yang baik, beliau juga berjaya memperoleh Anugerah Dekan pada setiap semester sepanjang pengajian di KPBKL. Semoga kejayaan beliau ini dapat memberi inspirasi kepada pelajar lain untuk menjejak langkah mencipta kejayaan sendiri. Selamat maju jaya!

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.