(B.Melayu) 1500 Tetamu Meriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1439h KPBKL

(B.Melayu) 1500 Tetamu Meriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1439h KPBKL


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 12 Julai 2018 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) sekali lagi telah mengadakan acara tahunan, iaitu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan meriah bertempat di Dataran Serbaguna KPBKL. Acara yang penuh warna warni dan muhibah ini melibatkan penyertaan seluruh warga KPBKL yang bekerjasama mengadakan gerai-gerai makanan yang terdiri daripada aneka juadah hari raya.

Majlis sambutan hari raya kali ini digabungkan dengan acara Penyerahan Mock Cek sumbangan pihak Bank Islam Malaysia kepada KPBKL. KPBKL mengucapkan jutaan terima kasih kepada tetamu yang hadir dan seluruh warga KPBKL atas usaha yang disumbangkan bagi menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KPBKL tahun 2018.

[gdl_gallery title=”12072018″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.