[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 12 November 2019 – Al-Madinah International University telah mengadakan 7th Global Waqf Conference 2019 di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur. Konferen yang berlangsung selama dua hari ini telah dirasmikan oleh YB. Pn Hajjah Fuziah Binti Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama). Konferen ini merangkumi pembentangan dari pelbagai aspek iaitu pembangunan dan innovasi wakaf, sistem pendidikan, teknologi, kewangan dan lain lagi. YBhg. Prof. Dato Dr. Noor Inayah Ya’akub , Rektor Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Proposed Governance of Waqf Sustainability of Universities in Malaysia” dalam konferen ini. Turut membentangkan kertas kerja dalam konferen pagi ini ialah Prof. Madya Dr. Wan Azizi Wan Sulaiman, Naib Canselor PICOMS dan Prof. Dr. Engku Rabiah Engku Ali, UIAM.