[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 30 Ogos 2019 – Seramai 19 orang pelajar Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) telah terlibat dalam saringan bagi menyertai Bengkel Intensif Karantina Tahfiz yang akan diadakan pada 11 September 2019 sehingga 15 Oktober 2019 di De Palma Hotel, Shah Alam.
Bengkel ini merupakan anjuran bersama Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Pertubuhan Ahlu Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Karantina Tahfiz ARTAB Malaysia.
Program Karantina Tahfiz Belia Wilayah Persekutuan 2019 adalah merupakan satu program menghafal Al-Quran menggunakan Kaedah Yadain Litahfizhil Quran yang telah dipelopori oleh Yayasan Karantina Tahfiz Nasional Indonesia (YKTN Pusat).
Seramai 30 orang peserta yang akan terlibat dalam bengkel ini yang merupakan wakil-wakil terpilih dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Wilayah Persekutuan.
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, Rektor Kolej Profesional Baitulmal sempat meluangkan masa bertemu Al- Fadhil Ustaz Hj. Azizi Bin Ab Hamid Al-Hafiz yang merupakan Pegerusi bagi program ini.
[gdl_gallery title=”20190830-2″ width=”900″ height=”500″ ]