KUALA LUMPUR : Seramai 147 pelajar Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) menerima bantuan komputer riba melalui Skim Bantuan Komputer Riba yang disalurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Majlis bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, dirasmikan oleh Tuan Syed Kamarulzaman, Pengerusi MAIWP. Turut hadir YBhg. Datuk Mohd Nizam (Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP), Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman Haji Abdullah, dan Ketua Pegawai Eksekutif KPBKL, YBhg. Prof. Madya Dr. Hj. Mohammad Firdaus Low Abdullah, bagi menyaksikan majlis yang penuh bermakna ini.
10 September 2024
Sumber: MAIWP