Latar Belakang Falsafah & Misi

Latar Belakang Falsafah & Misi
Mengenai kami

Latar Belakang

Bermatlamat untuk melahirkan profesional muslim dan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi umat Islam. Institut Profesional Baitulmal(IPB) ditubuhkan pada 23 April 1992 hasil usaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Memulakan operasinya di Wisma Awal, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur pada April 1992, IPB kemudiannya berpindah ke kampus tetap di Lot 1363, Jalan Perkasa, Off Jalan Kg. Pandan, Kuala Lumpur pada Jun 1996. Maka Bermulalah lembaran baru bagi IPB dalam merealisasikan misinya.

Falsafah

setiap insan mempunyai potensi diri yang boleh dikembangkan

Kami yakin dan percaya bahawa setiap insan mempunyai potensi diri yang boleh dikembangkan kerana kejayaan dan kecemerlangan tercetus daripada setiap kegagalan. Justeru itu peluang bimbingan, galakan dan sokongan berterusan wajar diberikan untuk menjana bukan sahaja kecemerlangan diri dan keluarga, malah kecemerlangan bangsa dan negara.

Visi kami

Beriltizam melahirkan ilmuan profesional yang Kompeten dan holistik.

32

Tahun

160+

Pengajar

17K+

Graduan

Misi kami

Melahirkan generasi ilmuan profesional dan Pakar

Melahirkan generasi ilmuan profesional dan pakar peringkat pertengahan dalam sektor pekerjaan melalui pembelajaran yang berteraskan nilai-nilai murni sejagat dan seiring dengan kehendak pasaran.

Komited dalam membangunkan tahap pendidikan dan daya saing kumpulan asnaf

Objektif kami

Melahirkan graduan profesional dan Bersahsiah

Melahirkan graduan yang profesional dan bersahsiah terpuji dengan memberikan nilai tambah dalam program akademik dan kokurikulum.

Melahirkan ilmuan profesional berteraskan prinsip pengurusan tauhidik dalam bidang muamalat dan ekonomi lslam.

Piagam Perkhidmatan

Menghargai pelanggan dengan layanan cekap dan berkesan

Membudayakan kualiti dalam menawarkan perkhidmatan untuk kepuasan pelanggan bukan sahaja tanggungjawab malah merupakan rutin harian kami. Menghargai pelanggan dengan layanan cekap dan berkesan adalah identiti kami. Keceriaan pelanggan matlamat terakhir kami kerana pelanggan adalah segala-galanya bagi kami.

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.