KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI MAIWP KE KPBKL/COURTESY VISIT OF MAIWP CHAIRMAN TO KPBKL

KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI MAIWP KE KPBKL/COURTESY VISIT OF MAIWP CHAIRMAN TO KPBKL

Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) mengalu-alukan kunjungan hormat Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 20 Jun 2024, baru-baru ini.

Ketibaan Pengerusi, YBrs. Tuan Haji Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer pada jam 11.00 pagi di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL), bersama rombongan dari MAIWP di sambut mesra oleh YBrs. Tuan Haji Zuri Zabuddin bin Budiman, Pengerusi KPBKL. Turut serta ialah YBhg. Prof. Madya Dr. Hj. Mohammad Firdaus Low bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif KPBKL dan pengurusan tertinggi.

Lawatan tersebut memberi peluang perbincangan pembangunan dan perancangan masa hadapan KPBKL dari segi penyediaan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelajar. Beberapa perkara telah dirangka sepanjang lawatan tersebut antaranya sesi taklimat, sesi bergambar, lawatan sekitar kampus, lawatan ke bilik kuliah, makmal komputer serta di studio KPBKL.

Delegasi amat menghargai sambutan mesra KPBKL dan mengharapkan
perbincangan lanjut mengenai isu yang dibangkitkan semasa lawatan tersebut.


Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) warmly welcomed the courtesy visit of the Chairman of the Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) on June 20 th , 2024.

The Chairman, YBrs. Tuan Haji Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, arrived at 11:00 AM at Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL), accompanied by a delegation from MAIWP.

YBrs. Tuan Haji Zuri Zabuddin bin Budiman, Chairman of KPBKL, together with YBhg. Assoc. Prof. Dr. Hj. Mohammad Firdaus Low bin Abdullah, the Chief Executive Officer of KPBKL, and top management, extended a warm welcome to the visiting delegation.

The visit provided an opportunity to discuss the development and future planning of KPBKL in terms of providing high-quality services to students. Several activities were arranged during the visit, including briefing sessions, photo sessions, campus tours, visits to classrooms and computer labs, and a session in the KPBKL studio.

The delegation greatly appreciated the warm reception and looks forward to further discussions on the issues raised during the visit.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.