(B.Melayu) Lawatan Kerja Dan Kunjungan Hormat Dato’ Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Ke IPB

(B.Melayu) Lawatan Kerja Dan Kunjungan Hormat Dato’ Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Ke IPB


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]

Online, 05 Januari 2018 – Telah berlangsung lawatan kerja dan kunjungan hormat serta pembentangan kertas keja beberapa perkara bagi jalinan kerjasama dua hala antara pihak Institut Profesional Baitulmal dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Bilik Seminar Satu yang dihadiri seramai 26 orang terdiri daripada wakil setiap bahagian/jabatan Institut Profesional Baitulmal. Manakala pihak MAIWP dihadiri sendiri oleh YBhg. Dato’ Haji Paimuzi Yahya Ketua Pegawai Eksekutif dan barisan pengurusan dan jawatankuasa MAIWP.

Pertemuan dan perbincangan ini dipengerusikan oleh Dato’ KPE MAIWP. Perbincangan bermula dengan ucapan oleh Pengerusi IPB YBhg. Datuk Haji Razali Shahabudin yang menerangkan berkenaan IPB.

Di dalam perbincangan ini agenda utama dalam perbincangan adalah mencari bentuk kerjasama untuk kedua-dua pihak dalam menyelesaikan beberapa perkara.

Sesi perbincangan berakhir dengan lawatan kerja dan sesi bergambar kenangan.

[gdl_gallery title=”maiwp-ipb” width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.