Ihya Ramadhan

Ihya Ramadhan

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 26 April 2021 – Tengah hari tadi telah berlangsung Program Ihya Ramadhan: Ibadah Berkualiti Membina Integriti di Dewan Kuliah 1, KPBKL. Program ini dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ MAIWP) dengan kerjasama KPBKL. Ceramah ini telah disampaikan oleh YBhg. Dr. Hj. Mohd Izhar Ariff.

Turut hadir dalam majlis ini adalah YBhg. Dr. Mohamad Fitri Bin Mohamad Yusoff, Timbalan Rektor AKademik & Penyelidikan KPBKL (menjalankan tugas Rektor), dan Tuan Hj. Khairul Azhar, Penolong Pengurus Besar Unit Dakwah PPZ MAIWP.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.