Perisian perakaunan AutoCount adalah perisian bersepadu sepenuhnya yang terdiri daripada sistem Perakaunan (General Ledger, Accounts Receivable, Accounts Payable), Kawalan Inventori, Jualan, Pembelian dan 30 modul tambahan.
Kursus ini mengajar pelajar untuk menggunakan perisian perakaunan, lengkap bersama manual pembelajaran, ‘CD computerised software system’ dan tugasan lengkap untuk menguji tahap pemahaman dan kemahiran pelajar.
Secara am nya, kursus ini sesuai untuk pelajar yang mengambil program Perakaunan, Pengajian Perniagaan, Pentadbiran dan Keusahawanan juga lain-lain. Kursus ini dilihat akan memberi nilai tambah daripada segi kemahiran aplikasi komputer khususnya kemahiran perakaunan berkomputer sekaligus memantapkan kefahaman ilmu perakaunan secara praktikal.
Peserta | Khas untuk Pelajar Kolej Profesional Baitulmal (KPB) |
Hari | Isnin, Selasa, Rabu |
Masa | 10 pagi – 1 petang 3 petang – 5 petang (Jumlah : 15 jam) |
Peserta | Peserta Luar |
Hari | Sabtu & Ahad |
Masa | Sabtu (8 jam) & Ahad (7 jam) |
*tertakluk kepada pindaan semasa
Sebarang pertanyaan lanjut berhubung kursus ini boleh hubungi:
Rusnani Binti Mat Salleh
Koordinator Autocount
Fakulti Pengajian Teknokorporat
03-92814054 (sambungan ke 1145)
rusnani@kpbkl.edu.my
Waktu Operasi
Waktu Rehat
Operasi KPBKL ditutup pada hari minggu (Sabtu dan Ahad), serta pada hari cuti umum Malaysia.
Program utama yang ditawarkan oleh Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
Program dengan usahasama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur dan UiTM
Program bertaraf antarabangsa di bawah seliaan Sekolah Perakaunan, Pengurusan & Teknologi.
Diperkenalkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur mengantikan Certified Accounting Technician (CAT)
Program khusus untuk pelajar sedang bekerja menyambung pelajaran di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
Kursus pendek untuk pensijilan yang dijalankan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
Copyright ©kpbkl.edu.my 2024
YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”
Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.
Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.