(B.Melayu) Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang IPB

(B.Melayu) Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang IPB

Institut Profesional Baitulmal akan mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang IPB pada:

[message_box title=”Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2014″ color=”red”]
Tarikh: 10 October 2014 (Jumaat)
Tempat: Dewan Seri Perkasa, Masjid As-Shafie, Taman Maluri Kuala Lumpur
Masa: 2.30 petang – 5.30 Petang
[/message_box]

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang IPB ini diadakan bertujuan untuk:
[list type=”icon-cog”]
[li]Memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar Program Usahasama UiTM-IPB yang mendapat Anugerah Dekan semester lepas.[/li]
[li]Memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar Program Profesional (CAT dan LCCIIQ) yang mengambil minima tiga matapelajaran dengan mendapat sekurang-kurangnya dua Kepujian dan lulus semua matapelajaran[/li]
[li]Memberi motivasi kepada pelajar – pelajar tersebut supaya meneruskan kecemerlangan pada semester ini dan yang akan datang.[/li]
[li]Meningkatkan motivasi kepada pelajar-pelajar yang lain untuk berusaha dengan lebih gigih agar mendapat keputusan yang cemerlang.[/li]

[/list]

 

[quote align=”center” color=”#999999″]Menggilap Potensi, Mencapai Inspirasi[/quote]
[toggle_box]
[toggle_item title=”Sila Klik Untuk Senarai Penerima Anugerah” active=”false”]
penerimaanugerah
[/toggle_item]
[/toggle_box]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.