(B.Melayu) Majlis Anugerah Kecemerlangan Matematik dan Statistik

(B.Melayu) Majlis Anugerah Kecemerlangan Matematik dan Statistik

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]S[/dropcap]ekolah Matematik, Institut Profesional Baitulmal akan mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Matematik dan Statistik pada 10 Oktober 2014 bagi meraikan kecemerlangan para pelajar Institut Profesional Baitulmal yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran Matematik dan Statistik.

[dropcap color=”#f16636″]S[/dropcap]eramai 41 orang pelajar daripada kursus LCCIIQ dan UiTM akan menerima anugerah di majlis yang akan disempurnakan oleh Pengerusi IPB, Yang Berbahagia Dato’ Wira Dr. Ismail bin Ibrahim. Selain itu, majlis penganugerahan yang julung kalinya dianjurkan oleh Sekolah Matematik ini turut diadakan bagi memberi dorongan secara tidak langsung kepada para pelajar yang lain untuk lebih berusaha dan berjaya di masa akan datang.

[dropcap color=”#f16636″]B[/dropcap]ersama-sama dengan jemputan khas iaitu Ketua Eksekutif IPB, Dr. Syed Omar bin Syed Agil, Ketua-ketua Sekolah, Ketua-ketua Program, Pegawai-pegawai Eksekutif dan tetamu-tetamu kehormat, semoga program yang dirancang ini akan berjalan lancar dengan izin Allah S.W.T seterusnya dapat mencapai objektif dan matlamat yang telah ditentukan.

[quote align=”center” color=”#999999″]Maths and Stats are fun![/quote]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.