KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL KUALA LUMPUR (KPBKL) dahulu dikenali sebagai Institut Profesional Baitulmal merupakan sebuah Kolej Bersekutu Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang telah terpilih dan diberi kepercayaan oleh Universiti tersebut untuk menawarkan program-program peringkat Pra-Diploma dan Diploma di dalam beberapa bidang kemahiran kami seperti di bawah:-
- [BA003]Pra Perdagangan
- [AC110]Diploma Perakaunan
- [BA111]Diploma Pengajian Perniagaan
Sebagai menyahut cabaran UiTM yang sentiasa menitikberatkan kualiti program akademiknya, KPBKL telah berjaya mengekalkan kecemerlangannya sebagai Kolej Bersekutu UiTM yang terbaik hampir setiap tahun dengan memenangi anugerah KOLEJ BERSEKUTU TERBAIK UiTM mulai tahun 2000 hingga 2010 (kecuali 2007 & 2009)
Atas dasar pencapaian akademik yang berterusan dan menepati piawaian UiTM, KPBKL telah mendapat pengiktirafan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 oleh SIRIM pada Julai 2011.
Konsep Kolej Bersekutu UiTM
Sebagai sebuah kolej Bersekutu UiTM sejak tahun 1997, KPBKL perlu mematuhi 100% sukatan pelajaran daripada UiTM. Berikut adalah beberapa ciri-ciri sebagai Kolej Bersekutu UiTM selaras dengan keperluan Universiti tersebut:-
- KPBKL sentiasa menepati kualiti akademik melalui pemantauan secara berterusan oleh pihak UiTM
- Memastikan infrastruktur, kemudahan dan fasiliti yang mencukupi serta memuaskan memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap program akademik yang dijalankan.
- Memastikan tenaga pengajar yang dilantik terdiri daripada mereka yang berkelayakan dan mendapat latihan pengajaran serta kursus daripada UiTM bagi memastikan kualititi pengajaran yang seragam dan menepati piawaian universiti.
- Memastikan silibus adalah 100% sama seperti yang dikendalikan di UiTM bagi memastikan lulusan yang dihasilkan mempunyai kualiti yang sama dan setara.
Syarat Kemasukan
Semua pemohonan untuk kemasukan ke Program Usahasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) tertakluk kepada syarat akademik yang telah ditetapkan oleh UiTM dan mestilah memenuhi syarat warganegara bumiputera Malaysia.
Pemohon yang gagal mendapat tawaran ke kampus Induk UiTM atau mana-mana cawangan UiTM melalui permohonan yang dibuat melalui UPU atau UiTM sendiri, boleh terus memohon ke KPBKL. Setelah mendaftar di KPBKL, pelajar akan didaftarkan secara online sebagai pelajar UiTM dan akan memperolehi nombor matrik dan akses ke portal UiTM.
Syarat Bumiputera Warganegara Malaysia
Semua calon pelajar Program Usahasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) mestilah menepati Syarat Bumiputera Warganegara Malaysia mengikut takrifan UiTM seperti berikut :
- Calon “Semenanjung Malaysia” Salah seorang ibu atau bapa mestilah Melayu beragama Islam atau Orang Asli / Peribumi Malaysia.
- Calon “Sabah” Bapa calon mestilah Melayu beragama Islam atau Peribumi Sabah”.
- Calon “Sarawak” Kedua bapa dan ibu calon mestilah Melayu beragama Islam atau Peribumi Sarawak
Penganugerahan Diploma & Konvokesyen
Pelajar Program Usahasama UiTM di KPBKL yang telah memenuhi keperluan dan syarat universiti akan dianugerahkan Diploma oleh Universiti Teknologi MARA pada hari penganugerahan konvokesyen di Kampus Induk UiTM Malaysia Shah Alam, Selangor.
Graduan Diploma UiTM dari KPBKL boleh meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di UiTM tertakluk kepada syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh UiTM.
Panel Penilai Luar Program
Penilai Luar (Akademik)
Dr. Morni Hayati Jaafar Sidek – Dr. Morni Hayati Jaafar Sidek adalah pensyarah di UniKL Business School dengan memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan, Foundation Business. Beliau memperoleh PhD (Perakaunan) dan Sarjana Sains (Kewangan) dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perakaunan dan kewangan dari Universiti Metropolitan Manchester. Beliau adalah ahli Institut Malaysia Akauntan (MIA). Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang percukaian dengan perundingan bersaiz sederhana kemudian meninggalkan syarikat tersebut dan memasuki dunia akademik sejak tahun 1998. Sebagai seorang akademik, minat penyelidikannya adalah dalam bidang pelaporan kewangan, etika, tanggungjawab sosial korporat (CSR), cukai e-dagang, barang dan perkhidmatan cukai (GST) dan SST. Beliau telah menerbitkan beberapa makalah terbaik dalam artikel jurnal, buku bab, surat khabar dan jurnal perakaunan profesional. Beliau juga telah memberi beberapa ceramah mengenai GST / SST kepada masyarakat umum.
Penilai Luar (Industri)
En Ahmad Rizaldi Sulaiman – Encik Ahmad Rizaldi Sulaiman memegang jawatan sebagai Ketua Seksyen bagi Program Kewangan di Agrobank Bhd. Beliau mempunyai Chartered Accounting dengan pengalaman 20 tahun dalam bidang Kewangan, Operasi Perbankan, Pematuhan, Pengurusan Stakeholder, Perbankan Komersial dan Runcit. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dan pernah memegang jawatan di Hong Leong Bank sebagai Customer & Service Manager dan sebagai Assistant Manager Finance di Bank Islam Malaysia berhad.