1. Membuat permohonan pas pelajar dan visa pelajar antarabangsa ke dalam sistem EMGS STARS.
2. Mematuhi aliran proses dan ikuti garis masa untuk sebarang permohonan melalui sistem EMGS STARS.
3. Ikuti semua Prosedur Operasi Standard Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur pada setiap masa.
4. Merekod data atau dokumen berdasarkan rekod permohonan dalam sistem EMGS.
5. Sentiasa berhubung dengan mana-mana jabatan dalaman di KOlej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur untuk dokumen sokongan, pengesahan, justifikasi atau penjelasan permohonan pelajar.
6. Sentiasa bersedia bekerja lebih masa untuk menampung sebarang kecemasan atau lewat penyerahan permohonan atau sebarang projek khas khas sebagai arahan daripada pihak pengurusan atasan.
7. Mematuhi undang-undang dan peraturan berkaitan pengurusan pelajar antarabangsa.
8. Membantu dalam menguruskan krisis terutamanya yang melibatkan kebajikan pelajar.
9. Membantu dalam menganjurkan lawatan untuk pelawat antarabangsa ke kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur berhubung dengan program mobiliti pelajar.
10. Menyediakan laporan dan maklum balas terkini tentang perkara yang berkaitan dengan inisiatif dan aktiviti pelajar antarabangsa.
11. Memberi sokongan dan menyelaras dengan jabatan berkaitan mengenai pengambilan pelajar antarabangsa.
12. Menyelia proses pengesahan dan pengambilan pelajar di lapangan terbang.
13. Menguruskan aduan pelajar antarabangsa berkenaan keperluan asas dan permohonan pas dan visa pelajar.
14. Mencadang dan melaksanakan penambahbaikan terhadap aliran kerja proses kebajikan dan pentadbiran.
15. Melaksanakan sebarang tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
1. Memiliki sekurang-kurangnya SPM atau Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan.
2. Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh Kerajaan dan boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
3. Mempunyai perwatakan yang menyenangkan, mudah didekati, mesra, fleksibel, bermatlamat dan berpencapaian tinggi.
4. Berdikari dengan semangat profesionalisme yang kuat, jujur dan berintegriti.
5. Mempunyai 2 tahun pengalaman bekerja dalam industri pendidikan.
6. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai penguasaan bahasa asing.
7. Boleh kerja di lapangan walaupun dengan notis masa yang singkat.
8. Pemohon yang berpengalaman dalam mengendalikan talian hotline perkhidmatan pelanggan dan / atau mengruskan kebajikan pelajar akan diberikan keutamaan.
9. Berpengetahuan dan mahir dalam penggunaan Komputer dalam aplikasi Microsoft Office.
Copyright ©kpbkl.edu.my 2024
YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”
Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.
Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.