Diploma Kaunseling Islam (DKI)

Diploma Kaunseling Islam (DKI)

 

No. Rujukan Program KPT/JPS[N/762/4/0053]: MQA/PA14908(06/27)
Tahap Program Diploma/Tahap 4 Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM)
Bidang Program 762 – Social, work and counseling
Bahasa Pengantar Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris
Kaedah Penawaran Konvensional
Skim Pengajian Sepenuh masa
Kaedah Pengendalian Kuliah, Tutorial, Amali dan Latihan Industri
Kredit Bergraduat 91 kredit
Tempoh Pengajian 2 tahun 6 bulan (5 Semester Panjang 2 Semester Pendek)

 

Faizura Binti Rohaizad
faizura@kpbkl.edu.my

Diploma ini merupakan integrasi di antara disiplin Ilmu Kaunseling, Psikologi dan Pengajian Islam. Penawaran diploma ini bertunjangkan bidang asas bimbingan kaunseling yang dilengkapi dengan pengetahuan agama kerana isu- isu berkaitan kesihatan mental serta masalah sosial masyarakat masa kini memerlukan pembimbing yang boleh membantu secara holistik. Kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah secara hibrid (gabungan pembelajaran dalam talian dan bersemuka), kajian lapangan dan latihan industri. Jangkamasa pengajian program ini adalah selama 2 ½ tahun.

Program Diploma Kaunseling Islam (DKI) ini menawarkan kursus – kursus yang relevan dengan keperluan semasa sesuai dengan tahap pengajian terkini. Antara kursus – kursus yang ditawarkan adalah seperti di bawah:

  1. Pengantar Psikologi
  2. Pengenalan kepada Bimbingan Dan Kaunseling
  3. Teori Kaunseling dan Psikoterapi
  4. Psikologi Perkembangan Insan
  5. Psikologi Sosial
  6. Psikologi Abnormal
  7. Asas Sistem Kekeluargaan
  8. Bimbingan Individu dan kelompok
  9. Psikologi Industri dan Organisasi
  10. Bimbingan Kerjaya

Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang:

  • Mengetahui pengetahuan asas dalam bidang kaunseling dan psikologi Islam
  • Melaksanakan prinsip Islam dan kaunseling dalam menangani situasi, masalah dan isu.
  • Mengaplikasikan teknik dan kemahiran kaunseling dan menunjukkan sikap bertanggungjawab dalam melakukannya
  • Menggunakan aspek kemahiran interpersonal dan komunikasi yang bersesuaian ketika berurusan dengan orang lain
  • Menggunakan pelbagai aplikasi maklumat dan digital dalam pengurusan data kaunseling
  • Mempraktikkan kerja secara pasukan dan memperlihatkan kesedaran tentang tanggungjawab sosial berkaitan
  • Menggunakan kemahiran personal dan keusahawanan untuk pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kerjaya
  • Memperlihatkan iltizam kepada nilai dan ajaran Islam dalam menawarkan perkhidmatan membantu.
    • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang kurangnya kepujian dalam 3 mata pelajaran; ATAU
    • Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan mendapat sekurang- kurangnya Gred B dalam 3 mata pelajaran:  ATAU
    • Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam 3 mata pelajaran; ATAU
    • Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang bersesuaian tertakluk kepada kelulusan Senat / Lembaga Akademik.
    • Nota: PPT perlu melakukan saringan dan bimbingan khusus berkaitan bidang program kepada pelajar; ATAU
    • Lulus Sijil Kolej Komuniti yang setara dengan Tahap 3 Malaysian Qualifications Framework (MQF) dalam bidang berkaitan; DAN
      • Memiliki SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 1 mata pelajaran; dan
      • melalui program pengukuhan (sekiranya perlu); atau
    • Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00, ATAU
    • Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam 1 mata pelajaran, ATAU
    • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (parigkat maqbul ATAU
    • Kelayakan lain yang diktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
  • Sijil yang diiktiraf dalam Pengajian Islam atau yang setaraf dengannya.
  • April
  • Julai
  • September
  • Yuran Pengajian dan Yuran Pendaftaran : RM
  • Yuran keseluruhan sepanjang tempoh kursus : RM
  • Yuran Penginapan Asrama : RM

*tertakluk kepada pindaan semasa

Berikut adalah senarai jawatan yang boleh dipohon oleh bakal graduan Diploma Kaunseling Islam
a) Penolong Pegawai Psikologi (S29)
b) Penolong Pegawai Anti Dadah (S29)
c) Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (S29)
d) Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (S29)
e) Penolong Pegawai Rundingcara Keluarga di Mahkamah dan Jabatan Agama
Islam Negeri

Lain- lain:
a) Pembantu kaunselor di universiti dan sekolah
b) Ustaz/ Pendakwah
c) Sumber Manusia
d) Motivator/ Jurulatih
e) Pengurus acara
f) Konsultan /NGO
g) Pengurus taska

Institusi atau organisasi yang memerlukan graduan dalam bidang ini adalah sangat luas seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Hospital, Pusat Pemulihan akhlak, Pusat Kaunseling swasta, Penjara, Pertubuhan Dakwah, institusi agama, Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Universiti dan Kolej dan lain lain.

Sarjana Muda Kaunseling / Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling/ Sarjana Muda Psikologi Kaunseling di Universiti Awam dan Universiti Swasta

Hubungi

Waktu Operasi

  • Isnin – Jumaat : 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Waktu Rehat

  • Isnin – Khamis : 12.30 t/hari hingga 2.00 petang
  • Jumaat: 12.45 t/hari hingga 2.45 petang

Operasi KPBKL ditutup pada hari minggu (Sabtu dan Ahad), serta pada hari cuti umum Malaysia.

Untuk maklumat yuran pengajian hubungi :
Untuk maklumat pembiayaan hubungi :
Untuk maklumat penempatan asrama :

Program Homegrown KPBKL

Program utama yang ditawarkan oleh Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Program Usahasama UiTM

Program dengan usahasama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur dan UiTM

Association Of Chartered Certified Accountants (ACCA)

Program bertaraf antarabangsa di bawah seliaan Sekolah Perakaunan, Pengurusan & Teknologi.

ACCA-FIA (ACCA Foundation In Accountancy)

Diperkenalkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur mengantikan Certified Accounting Technician (CAT)

Program Mod Bekerja

Program khusus untuk pelajar sedang bekerja menyambung pelajaran di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Kursus Jangka Pendek

Kursus pendek untuk pensijilan yang dijalankan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.