BENGKEL SEMAKAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PENILAIAN TEKNIKAL DAN JAWATANKUASA PENILAIAN KEWANGAN/HARGA PADA 28 MEI 2024
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) telah mengadakan satu program perkongsian ilmu bersama wakil daripada Bahagian Kewangan dan Pelaburan MAIWP berkenaan semakan bidang tugas Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Jawatankuasa Penilaian Harga/Kewangan kepada warga KPBKL. Seramai 40 orang warga KPBKL telah menghadirkan diri dalam program ini. Secara langsung program ini dapat membantu staf dalam mempersiapkan diri dengan pengetahuan perolehan tender yang terkini.
Program ini telah berlangsung di Dewan Kuliah 1 KPBKL dan slot bermula dengan taklimat daripada Encik Ku Mohd Noor Adam Bin Ku Yaacob selaku Pegawai Perolehan di MAIWP. Beliau telah memberikan segala penerangan yang berkaitan dengan bidang tugas Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Jawatankuasa Penilaian Harga/Kewangan dengan jelas dan mendalam. Sesi diakhiri dengan sesi soal jawab dan sesi bergambar bersama seluruh peserta dan penceramah.
KPBKL mengucapkan terima kasih di atas kesudian wakil daripada pihak MAIWP bagi menjayakan sesi perkongsian ilmu ini. Diharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi bagi memastikan warga kerja KPBKL sentiasa dengan perkembangan ilmu terkini. Program ini diharapkan dapat menambahbaik kualiti perkhidmatan dan tadbir urus dalam kalangan warga kerja KPBKL ke arah mewujudkan persekitaran yang kondusif dan memenuhi kepuasan pelanggan.
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) has held a knowledge sharing program with representatives from the Finance and Investment Division of MAIWP regarding the review of work scopes of the Technical Evaluation Committee and the Price/Financial Evaluation Committee for KPBKL staffs. A total of 40 KPBKL staffs have attended this program. This program can directly help the staff to prepare themselves with the latest tender procurement knowledge.
This program took place in KPBKL Lecture Hall 1 and the slot started with a talk session from Encik Ku Mohd Noor Adam Bin Ku Yaacob as the Procurement Officer at MAIWP. He has given all knowledge and explanations related to the duties of the Technical Evaluation Committee and the Price/Financial Evaluation Committee in a clear and in-depth manner. The session ended with a question and answer session and a photo session with all participants and speakers.
KPBKL would like to thank the representative from MAIWP for the success of this knowledge sharing session. It is hoped that programs like this can be held again to ensure that KPBKL employees are always up to date with the latest knowledge. This program is expected to improve the governance and quality of services among KPBKL employees towards creating conducive environment and to fulfil customer needs.