BENGKEL/ WORKSHOP ON THE CODE OF PRACTICE FOR TVET

BENGKEL/ WORKSHOP ON THE CODE OF PRACTICE FOR TVET

KPBKL dalam perancangan untuk menawarkan program-program akademik berasaskan Program Pendidikan Dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) selaras dengan matlamat bagi memenuhi permintaan industri dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara.

Bahagian Governans dan Jaminan Kualiti (BGJK), KPBKL dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah menganjurkan Workshop on Code of Practice for TVET Program Accreditation (COPTPA) pada 6 Mei 2024 bertempat di Bilik Latihan Korporat, KPBKL. Seramai 20 orang warga KPBKL telah terpilih bagi menyertai bengkel yang terdiri dari pihak Pengurusan Tertinggi, Dekan-dekan, Ketua-ketua Bahagian dan wakil dari Jabatan Akademik dan Penyelidikan.

Bengkel ini telah berlangsung dengan jayanya dikendalikan oleh Puan Norasikin binti Yahya, Director of Accreditation Division : Arts & Humanities, MQA. Para peserta bengkel boleh merangka program-program yang bersesuaian untuk dikendalikan secara TVET dan seterusnya mempelbagaikan penawaran program-program yang berdaya saing di KPBKL.

Sesi perbincangan

______________________________________________________________________________

Presentation by Lecture

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.