Majlis Silaturrahim & Iftar Bersama Pelajar Darul Kifayah

Majlis Silaturrahim & Iftar Bersama Pelajar Darul Kifayah

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 14 April 2022 – Pusat Latihan & Konsultansi, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL), selaku pusat yang dipertanggungjawab oleh Darul Kifayah MAIWP bagi menjalankan program Selangkah Ke IPT Pelajar Lepasan SPM 2021 Darul Kifayah MAIWP. Program Selangkah Ke IPT Pelajar Lepasan SPM 2021 Darul Kifayah MAIWP merupakan program yang dirancang oleh Darul Kifayah MAIWP dimana peserta terdiri daripada 50 orang pelajar lepasan SPM 2021.En Mohd Nizamuddin Abu Bakar bertindak sebagai Pengarah Program.

Program ini bertujuan mencapai objektif seperti yang berikut :

  1. Mengadakan program kolaborasi dan kerjasama bersama institusi pengajian tinggi yang boleh memandu pelajar agar jelas tentang hala tuju lepasan SPM
  2. Membantu pelajar membuat pilihan bidang pengajian di peringkat tertinggi
  3. Mengembalikan keyakinan pelajar untuk menyambung pengajian melalui pendedahan maklumat dari pelbagai institusi.

Antara program yang dirancang termasuk Majlis Silaturrahim & Iftar Bersama Pelajar Darul Kifayah. Program ini merupakan program usahasama KPBKL dan juga Rumah Prihatin @ Grand Seasons.

Pelajar diberi pengalaman menyediakan dan memasak juadah berbuka puasa di dalam dapur Rumah Prihatin @ Grand Seasons yang  dipimpin oleh Pengurus Kulinari Rumah Prihatin / Chef Pulse Grande Hotel (Chef Hasnadawati). 

Pelajar berbuka puasa dan beramah mesra bersama Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan MAIWP, YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar & Pengarah Eksekutif Rumah Prihatin, YBhg. Dato Mohd Irwan Rizal Bin Mohd Ali Napiah. Majlis turut disertai Pengetua Darul Kifayah, Ustaz Abdul Rauf Abdul Aziz bersama pegawai Darul Kifayah. Turut serta di dalam program ini ialah Pengerusi IPB Sdn Bhd YBhg, Dr Yusri Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif KPBKL En Razduan Razali.

Pelajar juga menunaikan solat Tarawih di Rumah Prihatin @ Grand Seasons.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.