Kunjungan Hormat MULTIMEDIA UNIVERSITY Ke KPBKL

Kunjungan Hormat MULTIMEDIA UNIVERSITY Ke KPBKL

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 10 Disember 2021- Multimedia Universiti (MMU) telah mengadakan kunjungan hormat pagi tadi ke Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur. Dalam pertemuan ini, KPBKL dan MMU bakal menjalinkan usahasama dari segi akademik, teknologi, kepakaran dan lain-lain lagi.

Delegasi KPBKL telah diwakili oleh Dr. Ridzwan Bakar, Pensyarah Profesional MMU, En.Zambri Pawanchik, Vice President Marketing & Communication MMU, dan Puan TS. Natalya Dato’ Shamsuar, Director Strategic Marketing Deparment, Strategic Marketing Admission and Student Recruitment Division (SMART).

KPBKL telah diwakili oleh En. Radzuan bin Razali, Ketua Pegawai Eksekutif KPBKL, Pn. Kasniah Neni, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat & Pemasaran, Cik Nazlin Azman, dan Cik Norazmunira Ali Bediri.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.