Perbincangan Bersama TV AL-Hijrah

Perbincangan Bersama TV AL-Hijrah

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 28 April 2021 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) MAIWP pagi ini telah mengadakan perbincangan bersama TV Al-Hijrah sebagai persediaan pengambilan kumpulan pertama pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mengikuti program Diploma Penyiaran Islam (DPI) ambilan September 2021.

Delegasi KPBKL telah diketuai oleh YBhg. Dr. Mohamad Fitri Bin Mohamad Yusoff, Timbalan Rektor Akademik & Penyelidikan, menjalankan tugas Rektor, Pn. Rokiah Yunus, Pendaftar, Pn Kausar Ismat Anunu, Dekan FPKI, Pn Nafidah Hasan, Timbalan Dekan (Akademik) , Pn. Nazathul Ain Hisamudin, Ketua Jabatan Sosio Ijtima’i, Pn Khairunnisa Mardhiah Mat Derus, Koordinator Program Diploma Penyiaran Islam, dan En. Asraf, Penolong Pendaftar.

TV AlHijrah diwakili oleh YBhg. Tuan Namanzee Harris, Ketua Pegawai Eksekutif, Nadzariah Mohamed, Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat, En. Suffian Yahya, Pengurus Besar Kejuruteraan Penyiaran, En. Salehhudin Jurimi, Pengurus Jualan Media.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.