Informasi e-sijil SIGED 2021

Informasi e-sijil SIGED 2021

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa e-sijil para pembentang dan peserta telah disediakan. YBhg. Prof. /Prof. Madya Dr. / Prof. Datuk Dr. /Dr. /Tuan/ Puan boleh mengakses dan memuat turun e-sijil di website sciged atau di pautan: https://sites.google.com/kpbkl.edu.my/sciged/home?authuser=0.

Untuk makluman pihak YBhg. Prof. Dr./ Prof. Madya Dr./ Prof Datuk Dr./ Dr. Tuan/ Puan, siaran ulangan persidangan antarabangsa 9 sehingga 11 Februari 2021 boleh juga diikuti di saluran Youtube Official KPBKL.

Sebarang pertanyaan lanjut atau permasalahan berkaitan persidangan boleh menghubungi Cik Siti Syarwani Ghazali (011-28650852) / Puan Dalmie Shahrul Suryati Azmee (013-9228101) atau email rasmi: sciged@kpbkl.edu.my

Sekian, terima kasih.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.