MAIWP Rai Kejayaan KPBKL

MAIWP Rai Kejayaan KPBKL

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 28 Julai 2020 – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menghargai kejayaan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) di persada antarabangsa sebagai satu-satunya pemenang dari Pearson United Kingdom dengan menyerahkan sijil penghargaan dalam Majlis Perhimpunan Bulanan MAIWP yang telah berlangsung pagi tadi di Dewan Seminar, Aras 1, (MAIWP).
Sijil penghargaan ini telah diserahkan oleh YBhg. Datuk Haji Akhbar Bin Samon, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah (MAIWP) kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, Rektor KPB MAIWP dalam Majlis Perhimpunan Bulanan MAIWP pagi ini.
Dalam majlis ini juga diserahkan sijil penghargaan kepada pelajar KPBKL, Mas Idayu Binti Munip yang telah menerima anugerah Country Gold Award bagi subjek Pearson LCCI Level 2 Certificate in Business Calculations.
KPBKL amat bersyukur dan teruja dengan pengiktirafan dari MAIWP ini.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.