[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 23 Julai 2020 – Sekitar jam 2.30 petang hari ini,Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur MAIWP telah menerima lawatan mengejut YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Lawatan ini bagi menzahirkan rasa bangga dan ucapan tahniah kepada KPBKL kerana telah menerima anugerah PEARSON LCCI CENTRE AWARD 2020 – GOLD bagi pencapaian terbaik sepanjang tahun 2019 dan seorang pelajar LCCI KPBKL , Mas Idayu Binti Munip telah menerima anugerah Country Gold Award bagi subjek Pearson LCCI Level 2 Certificate in Business Calculations.
Dalam lawatan ini juga YB Senator telah menyempurnakan penyampaian hadiah kecemerlangan daripada MAIWP berjumlah RM 8,000.00 kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, Rektor KPBKL. Hadiah kecemerlangan ini diberikan kepada Mas Idayu Munip, pensyarah dan KPBKL sebagai suntikan semangat dan penghargaan kepada kejayaan cemerlang ini. YB Senator berkesempatan mengucapkan tahniah kepada pelajar cemerlang ini, Mas Idayu Munip menerusi panggilan video melalui platform Google Meet. Mas Idayu Munip kini menjalani Program Profesional Training and Education for Growing Entrepreneur Protege bersama CIMB Bank, Bangsar South. Turut hadir dalam lawatan ini adalah Ustaz Mohd Nizam bin Yahya , Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, En. Ahmad Talmizi bin Yahaya, Pengurus Bahagian Baitulmal, Tuan Haji Zabidi bin Nasan, Ketua Pegawai Yayasan TAQWA, Tuan Haji Ahmad Syukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutuan Zakat MAIWP, dan Dr. Mohamad Fitri bin Mohamad Yusof, Timbalan Akademik & Penyelidikan KPBKL serta barisan pengurusan tertinggi KPBKL.