[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 27 Julai 2020- Kolej Profesional Baitumal Kuala Lumpur telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Universiti Teknologi Petronas (UTP), Malaysia’s No.1 Private University in the Asia University Rankings 2020, di Dewan Senat, Kompleks Canselor, Universiti Teknologi PETRONAS petang ini. KPBKL diwakili oleh Rektor, Prof Dato’ Dr Noor Inayah Ya’akub; Timbalan Rektor (Akademik & Penyelidikan), Dr Mohamad Fitri Mohamad Yusoff; Pendaftar, Puan Rokiah Yunus; dan Pemangku Pengarah Pusat Perancangan Korporat, Cik Nor Aida Sapuan. Manakala UTP diwakili oleh Naib Canselor & Ketua Pegawai Eksekutif (KPE), Prof. Ts. Dr. M Ibrahim Abd Mutalib; Timbalan Naib Canselor, Prof. Ir. Dr. Hilmi bin Mukhtar dan barisan ahli Pengurusan Eksekutif.
Turut hadir ke majlis bersejarah inj ialah wakil dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tuan Mohd Ridzuan bin Hamid, Jurutera, Bahagian Pembangunan dan Pelaburan. Memorandum Persefahaman (MOU) ini adalah komitmen kedua-dua organisasi berlangsung melalui antaranya penganjuran Bengkel dan Program Latihan Bersama, Projek Penyelidikan dan Pembangunan Bersama, Program Pendidikan Bersama, Pertukaran Staf dan Kakitangan, Inovasi dan apa-apa bidang kerjasama yang lain yang dipersetujui secara bersama oleh kedua-dua belah pihak. Semoga dengan termeterainya Memorandum Persefahaman ini bukan merupakan awalan kepada kerjasama antara dua organisasi KPBKL dan UTP tetapi lebih sebagai penggalak dan pendorong untuk meningkatkan kerjasama di masa akan datang.