‎Pensyarah dan Dua Orang Alumni KPB Sertai Sukarelawan di Yala, Thailand

‎Pensyarah dan Dua Orang Alumni KPB Sertai Sukarelawan di Yala, Thailand

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online,

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat berat siksaan-Nya. – Al-Maidah: 2)

Tanggungjawab sosial terhadap komuniti terpinggir khususnya merupakan salah satu pendekatan dalam menzahirkan nilai moral dan kebajikan tanpa mengenal sempadan. Program khidmat masyarakat dilaksanakan di Kampung Pulamong Jala (Yala, Thailand) melalui misi pendidikan (kelas intensif Bahasa Melayu) dan ziarah kemanusiaan (sumbangan makanan dan pakaian) di samping eksplorasi menjejak sejarawi Kota Purba Langkasuka pada​ 8​ -​ 11 November 2019.

Misi silaturahim – lawatan akademik di pondok (tahfiz tradisional) Maahad Al Idris Lil Irsyad Al Islami, Yala serta Pusat Persediaan Arab dan Bahasa, Universiti Prince of Songkhla bersama Dr. Rusydi Tohir. Program kesukarelawanan ini disertai oleh Puan Nazhatul Ain Hisamudin (Pensyarah Jabatan Sosio Ijtima’i Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur), serta dua orang alumni KPBKL Muhammad Jaini Abdul Karim (Diploma Pengurusan Haji dan Umrah ambilan 04/17), Nurul Fatin Syuhada Mohd Ridzuan Diploma Pengurusan Zakat dan Wakaf ambilan 04/15) selain peserta dari UKM, KUIS, UiTM, UCAM dan KUIPS. Dianjurkan oleh Pertubuhan Belia Kerapatan Graduan Muda (Kagum) dan Bungaraya Group Patani (Thailand). Pendedahan sebegini adalah wadah terbaik bagi seluruh warga kerja dan mahasiswa/i mengibarkan nama KPBKL MAIWP melangkaui batasan sempadan.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.