[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 8 November 2019 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPB MAIWP) terus mengorak langkah dalam menjalinkan kerjasama strategik bersama salah satu institusi perbankan terkemuka negara yang baru sahaja meraikan sambutan Jubli Emas semalam iaitu Agrobank. Pelbagai perancangan dirangka oleh kedua belah pihak yang bakal memberi manfaat kepada KPB MAIWP dan Agrobank. Hadir di sesi perbincangan ini ialah Rektor KPB MAIWP, Prof. Dato’ Dr Noor Inayah Ya’akub dan barisan Pengurusan Tertinggi. Manakala Agrobank diwakili oleh Encik Kamaludin Latifi Ghazali – Senior Vice President (V1) Pekan, Encik Samion bin Awang – Head of Sales and Service (Regional Office Pahang), Puan Rahah Hashim – Section Head (Deposit – Business Development), Puan Junita Jamirun – Section Head (Agrobank Centre of Excellence), Encik Nazirul Mustaqim bin Mohd Fauzi – Unit Head (Agrobank Centre of Excellence – Strategy Division), dan Abu Hassan Azhari Abu Bakar Shedek – Head Rural Banking. Lebih membanggakan salah seorang alumni KPB MAIWP, Encik Mohd Riduan Tajri yang dikini bertugas sebagai Senior Executive(Sales Deposit Section) di Agrobank turut menyertai sesi perbincangan ini.