Seminar You Are the Best!

Seminar You Are the Best!

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 5 November 2019 – Pengasas Kaedah al-Huffaz yang juga merupakan Ahli Lembaga Penasihat Yayasan OHSEM Malaysia, YBhg. Dr Mohd Shafie Md Amin, hadir ke Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPB MAIWP) bagi menyampaikan perkongsian dalam program You Are The Best! anjuran Pejabat Pendaftar KPB MAIWP dan Yayasan OHSEM Malaysia.

Beliau yang merupakan penulis buku You Are The Best! diundang khas ke KPB MAIWP bagi berkongsi tentang bagaimana menjadi You Are The Best dalam konteks pekerja, pentadbir dan pensyarah. Para peserta diajukan dengan pelbagai soalan dan semua jawapan akhirnya perlu kembali ke sumber rujukan utama umat Islam iaitu Al-Quran. Program ini dihadiri oleh Rektor KPB MAIWP, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, barisan Pengurusan Tertinggi, dan warga kerja KPB MAIWP. Turut hadir ialah Prof Emeritus Dato’ Wira Dr Jamil B Osman selaku Timbalan Pengerusi dan Pemegang Amanah Yayasan OHSEM Malaysia, Encik Zainuddin selaku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan OHSEM Malaysia, dan beberapa orang ahli Yayasan OHSEM Malaysia.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.